#Hiburan: Syak Ada ‘Kawan’ Lain Sebab Kerap ‘On The Phone’, Suami Simbah Isteri & Bayi Dengan Minyak Panas

Gara-gara berlaku pertengakaran, seorang lelaki bertindak menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan.

Kejadian berlaku pada 11 Februari jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca apabila si suami mengesyaki isterinya berusia 21 tahun itu berkawan dengan orang lain kerana kerap berbual di telefon bimbit.

Ketika itu mangsa sedang menggoreng ayam di dapur dan apabila ditanya dia cuba memberikan penjelasan namun tidak diendahkan suaminya.

Pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya, sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu.”

Advertisement

Kejadian disedari ibu mentua mangsa yang terus membawa menantu dan cucunya ke mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Mangsa dilaporkan mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya pula pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.

Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.

Dia telah ditahan pihak polis dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami stress gaji isteri lebih tinggi?
5 hari lalu

Suami Kurang 'Stress' Kalau Pendapatan Isteri Lebih Rendah Dari Mereka?

The post Syak Ada ‘Kawan’ Lain Sebab Kerap ‘On The Phone’, Suami Simbah Isteri & Bayi Dengan Minyak Panas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments