Seperti yang kita tahu, ketika zaman pandemik ini banyak pihak yang diuji terutamanya dari segi kewangan hingga ada yang terpaksa mencatu perbelanjaan harian demi meneruskan kehidupan.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan ke atas kesulitan mereka hingga lupa tentang hukum-hakam.
Seperti yang berlaku di TikTok baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pemuda ‘menipu’ dengan menyorokkan lauk pauk yang diambil dibawah timbunan nasi.
Sesudah berbuat demikian, dia pergi ke kaunter, lalu hanya menyebut nasi dan kuah saja yang diambil kerana ingin mengelakkan diri dari membayar lauk pauk yang diambil itu.
Tindakan lelaki terbabit telah mengundang kecaman dari sesetengah netizen yang merasakan dia tidak sensitif tentang status makanan diambil kerana ia boleh disifatkan sebagai haram kerana mengambil lauk pauk yang banyak tanpa pengetahuan peniaga.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta pemuda terbabit untuk pergi semula ke restoran tersebut dan membayar semula dengan harga asal.
Selain itu, kami kongsikan Podcast Noktah Misteri pada pautan di atas. Anda juga boleh DM BeautifulNara jika ada cerita misteri yang hendak dikongsikan kepada kami.
The post “Tak Boleh Beza Halal Haram Ke?” – Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments