#Hiburan: “Kuil Bukan Tempat Joging” – Netizen Mohon Hormat Batu Caves Sebagai Tempat Ibadah Kaum Hindu

Lumrah hidup dalam masyarakat majmuk, setiap orang haruslah mempunyai perasaan timbang rasa dan lebih cakna dalam setiap tindakan agar perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau agama dapat dielakkan.

Tular di media sosial Twitter semalam apabila seorang pengguna yang dikenali sebagai Raff Radzuan telah berkongsi sebuah hantaran peringatan yang meminta agar orang ramai menghormati kawasan penganut Hindu beribadat iaitu di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves.

Advertisement

Lokasi yang sememangnya diketahui menjadi tarikan pelancong kerana keindahan 272 anak tangga pelbagai warna di kawasan batu kapur itu sepertinya telah disalah guna oleh sesetengah individu.

…diharap anda peka mengenai isu kawasan kuil bukan tempat untuk mereka melakukan akitiviti jogin dan ‘hiking’.

Saya berada di kuil setiap hari Ahad untuk sembahyang, semalam saya memang tak boleh terima apabila lihat ramai yang beriadah di kawasan tangga kuil.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, penulis hantaran tersebut telah menegur seorang wanita yang datang untuk beriadah dan memaklumkan bahawa memang ada teguran diberikan namun masih ramai yang tidak mempedulikannya.

Batu CavesSumber : Google  

Tulis individu itu lagi, pihak pengurusan kuil itu perlu meletakkan papan tanda larangan supaya individu yang hadir lebih peka mengenai fungsi kuil adalah tempat suci bagi kaum India dan bukanlah tempat untuk berhibur atau beriadah.

“Saya harap perkara ini dapat dihentikan segera dan tidak menjadikan kuil sebagai tempat bersukan dan akan ada papan tanda yang dibuat oleh pihak pengurusan Batu Caves. Ingat, kawasan kuil adalah untuk kami sembahyang.” tegasnya lagi.

TikTOk
20 jam lalu

(VIDEO) Siap Letak Kaki Di Stereng, Gelagat Dua Pemandu Bergaduh Nak Jalan Dulu Cuit Hati Netizen

The post “Kuil Bukan Tempat Joging” – Netizen Mohon Hormat Batu Caves Sebagai Tempat Ibadah Kaum Hindu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments