Pastinya setiap pengantin yang mengira waktu hingga ke hari pernikahan akan berasa gementar dan dalam pada masa yang sama, mahukan segala persiapan berjalan dengan lancar sebelum majlis bermula.
Itu mungkin juga harapan seorang gadis di TikTok ini, namun lain pula yang jadi pada majlis pernikahannya apabila ramai kenalan yang tidak hadir kerana tidak dapat pelepasan untuk cuti.
Difahamkan, beliau merancang melakukan majlis pernikahan pada tarikh yang sememangnya cantik iaitu 22.2.2022, akan tetapi tarikh ini merupakan hari bekerja.
Boleh dikatakan tarikh pernikahannya itu akan diingati sampai bila-bila, ini kerana mengenangkan nasibnya yang terpaksa uruskan semuanya sendiri dari dapur hingga ke ruang tamu dalam keadaan yang sudah siap berbusana pengantin.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut simpati dengan apa yang dilalui gadis ini dan hanya mampu mendoakan dari jauh agar segalanya dipermudahkan buat beliau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Ingatkan ‘Special’ Tarikh Nikah 22.2.2022, Sekali Pengantin Urus Semua Sendiri Sebab… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments