#Hiburan: “Bila Kita Jadi Kerajaan Balik, Korang Tahulah Nanti” – Pemimpin Pembangkang Ugut PDRM Kini Disiasat

Sebuah kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia telah dibuka, seperti laporan Sinar Harian.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah yang memaklumkan bahawa pihaknya ada mengesan klip video berdurasi 1 minit 22 saat yang menjadi tular di Facebook, semalam.

Advertisement
Ahli politikSumber : Facebook  

Difahamkan, ahli politik itu telah meminta untuk melanjutkan tempoh masa berkempen, namun tidak dibenarkan.

Kemudian penceramah tersebut telah mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang tahulah nanti’ dalam bahasa Cina.

Jelas Ismail, siasatan awal mendapati bahawa ceramah yang diadakan di bilik gerakan sebuah parti di Yon Peng, Batu Pahat itu bermula jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 10 malam serta tiada pelanggaran SOP semasa pemantauan dilakukan.

“Susulan daripada itu, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam berkaitan video yang tular itu dan kini sedang menjalankan siasatan sewajarnya” ujarnya lagi.

Tan Sri Hamid Bador
38 minit lalu

"Isu Itu Tak Pernah Dibangkitkan Ketika Dia Masih Berkhidmat.." - Hamid Bador Hilang Hak Untuk Ulas Isu Kartel PDRM

The post “Bila Kita Jadi Kerajaan Balik, Korang Tahulah Nanti” – Pemimpin Pembangkang Ugut PDRM Kini Disiasat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments