Perkongsian penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat di Facebook miliknya telah mendapat perhatian netizen apabila dia ada berkongsi perbualan yang pada mulanya ‘biasa’ namun menjadi lucu kerana melibatkan isu beristeri dua di dalam sesebuah rumah tangga.
Dalam hantaran tersebut, Azmi disoal satu soalan ‘maut’ oleh isteri tersayang di mana dia telah disoal sama ada akan menceritakan kisah buruk isteri pertama kepada isteri kedua jika ditakdirkan berkahwin lain.
Jawab Azmi, dia tidak pernah berfikir (soal berkahwin lain) namun diminta isterinya untuk berfikir sekarang.
Ianya semakin mendebarkan apabila Azmi cuba untuk menjawab pertanyaan berkenaan.
Saya kata isteri baru akan cemburu kerana saya selalu memuji dia (isteri pertama).
Kemudian isteri saya tanya, kenapa nak kahwin baru? Soalan apakah ini? Tanda-tanda apakah ini? Benarlah perempuan bukan mahkluk bumi.
Perkongsian tersebut telah membuatkan peminat dan juga pengikut media sosial penyanyi bersuara lunak itu terhibur dan rata-rata menganggap kaum perempuan tidak pernah salah dan sentiasa betul dalam setiap perkara.
“Jangan la jawab soalan macam ni. Kami (isteri) tetap betul. Kalian tetap salah.” komen seorang peminat.
Malah ada juga yang memberi panduan menjawab soalan si isteri itu di mana Azmi patut menjawab bahawa dia tidak boleh bercerita lanjut selagi belum menempuh fasa berkahwin lain.
“Kalau abang fikir tanpa tindakan mungkin awak akan fikir saya reka cerita. Jadi saya perlu nikah dahulu baru saya boleh bagi tahu sinopsis.” cadang netizen.
Terdahulu, Azmi dan isteri, Naziah Muhammad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Pasangan ini pernah dikurniakan dengan kehadiran seorang cahaya mata namun mengalami kisah duka apabila anak sulung mereka telah meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan sekitar bulan September tahun lalu.
The post “Perempuan Tak Pernah Salah..” – Azmi Caliph Buskers Dapat Soalan ‘Maut’ Dari Isteri, Netizen Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments