Tradisi membenamkan kek hari jadi ke muka individu yang sedang menyambut ulang tahun kelahirannya sudah menjadi kebiasaan bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, kebelakangan ini masyarakat merasakan prank terbabit tidak lagi menghiburkan hati tetapi hanya membahayakan individu, lagi-lagi banyak insiden telah berlaku akibat gurauan tersebut.
Sehubungan dengan itu, selebriti media sosial iaitu Ryzal DurianKimchi baru-baru ini telah menerima kecaman daripada netizen kerana membuat perkara itu kepada isterinya, Maryam.
View this post on Instagram
Berkongsikan video berkenaan di halaman Instagramnya, ramai netizen meluahkan rasa bimbang jika lilin yang dipacak atas kek itu tercucuk di mata Maryam.
Maryam ketika itu sedang ‘membebel’ di dalam bahasa Korea sambil mencalit sedikit krim di hidungnya dan difahamkan dari penjelasan Ryzal, isterinya sendiri mengatakan kenapa tidak melakukan hal tersebut, lalu Ryzal mengambil tindakan menepekkan semua kek ke mukanya.
Namun bila lihat di ruangan komen hantaran terbabit, bukan saja netizen meluahkan rasa bimbang malah mereka turut tidak berpuas hati Ryzal melakukan pembaziran ke atas rezeki itu.
Teguran tersebut bukan hanya dituliskan di ruangan Instagram Ryzal, di ruangan komen foto yang dimuat naik oleh isterinya juga netizen meninggalkan nasihat.
The post “Tak Kelakar Langsung! Buta Baru Tahu” – Tepek Muka Maryam Dengan Kek, Tindakan Ryzal Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments