Biar tua atau muda, kaya atau miskin sekalipun, seseorang haruslah mempunyai adab dalam diri agar lebih dihormati oleh setiap manusia.
Baru-baru ini perkongsian seorang wanita di Twitter telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila foto yang dimuat naik olehnya itu telah memaparkan dua orang lelaki melakukan aksi yang didakwa biadap dan tidak berperikemanusiaan.
This is what I mean about kurang compassion. This fella legit posts shit like this on IG – who even thinks doing this sort of thing at an exhibit about child hunger?! How is it funny?! Sometimes Malaysians really freak me out. https://t.co/wc58B97toM pic.twitter.com/ofpB2qgA1c
— Tashny Sukumaran (@tashny) February 17, 2022
Dalam foto tersebut, dua orang lelaki itu dilihat sedang ‘memijak’ dan menendang sebuah replika kanak-kanak yang sedang kelaparan dipercayai berlokasi di sebuah muzium yang terletak di Pulau Pinang.
Ianya sekaligus mengundang rasa marah dan merasakan tindakan individu tersebut sebagai ‘kurang belas kasihan’ dan tiada empati dalam diri.
Inilah yang saya maksudkan tentang kurang rasa belas kasihan. Bagaimana boleh terfikir nak lakukan perkara seperti ini di pameran tentang kanak-kanak kelaparan? Macam mana benda ini boleh dijadikan bahan lawak?
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan ada juga yang mendedahkan bahawa salah seorang daripada lelaki tersebut dipercayai sudah pun bergelar seorang bapa.
Sekurang-kuranganya dia patut berfikir jika kanak-kanak replika itu adalah anaknya yang bernasib malang, tidakkah dia akan marah? Tidakkah dia fikir anak-anaknya juga patut dikasihani orang lain?
Terdahulu, pameran muzium yang dikenali sebagai Wonderfood Museum itu dianjurkan dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang isu kanak-kanak menghadapi kebuluran.
Kesimpulannya, sikap tidak sensitif atas kesengsaraan orang lain tidak sepatutnya wujud apatah lagi dikongsi secara terbuka untuk tontonan umum.
The post “Biadap!” – Dua Lelaki Pijak Replika Kanak-Kanak Kebuluran Undang Kemarahan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments