#Hiburan: “Mama Aku Sakit Sejak Sebelum Ada Covid Lagi!” – Anak Selar Antivaksin Sebar Fitnah Kematian Ibu

Baru-baru ini tular di media sodial Telegram tentang berita kematian seorang wanita yang dijadikan bahan fitnah oleh sekumpulan antivaksin untuk menyebarkan ‘dakyah’ mereka.

Tampil memberi amaran, anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith memuat naik hantaran di media sosial dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kumpulan antivaksin tersebut.

Advertisement

Menurut Faeez, kebiadaban kumpulan antivaksin yang membuat berita palsu tentang kematian ibunya tanpa berhubung langsung dengan waris adalah satu tindakan yang tidak dapat diterima.

faeez

Punca kematian mama adalah daripada tindakbalas dengan ubat pelali (anaesthesia) sebelum prosedur intubasi.

Jelasnya lagi, berberapa prosedur lain turut dijalankan pada malam kematian ibunya yang mengakibatkan kegagalan jantung.

Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada Covid lagi! Tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum berkenaan maklumat palsu yang tular tersebut dan berharap orang ramai tidak terus menyebarkan dan mempercayai maklumat palsu ini.

terbakar
2 jam lalu

(VIDEO) "Rakam Dulu Tolong Kemudian" - Netizen Berang Mangsa Kebakaran Tidak Dibantu

The post “Mama Aku Sakit Sejak Sebelum Ada Covid Lagi!” – Anak Selar Antivaksin Sebar Fitnah Kematian Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments