Stigma mengenai status ‘janda’ ataupun ibu tunggal sering dipandang rendah sememangnya tidak berubah sejak dahulu lagi.
Begitulah yang dialami oleh seorang wanita bernama Mira kerana dia mendakwa dirinya sering dihina dan dituduh bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya yang berlokasi di Tangga Batu, Melaka.
Mira yang menetap bersama lima orang anaknya itu ada berkongsi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya yang memaparkan dia telah diserbu Jabatan Agama Islam pada jam 12.30 malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat oleh jiran tetangga.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya menganggap tindakan jiran tetangga yang membuat aduan tanpa usul periksa itu adalah sangat kurang ajar.
“Saman malu dan saman fitnah ja..kurang ajar buat orang amcam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.” saran seorang netizen
Malah ada yang menyarankan Mira untuk mengambil tindakan terhadap ‘jiran puaka’ kerana tidak menghormati hak dan privasi orang lain.
Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni. – netizen
Ujar mira, ini merupakan kali ketiga dia mengalami perkara yang sama angkara jiran-jiran yang tidak senang duduk dengan keluarganya.
Dia juga meluahkan rasa kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang menceroboh kediaman dan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.
Wanita berusia 40 tahun itu juga mengakui jiran tetangganya sering mencari pasal malah pernah menerima kompaun RM 1,000 daripada pihak berkuasa kerana diziarahi adik beradik ketika hari raya pada musim PKP.
Kata Mira, dia dan anak-anaknya hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka menganggu dan mengacau hidup mereka.
The post (VIDEO) Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat, Ibu Tunggal Tabah Hadap ‘Jiran Puaka’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments