#Hiburan: “Tiada Lagi Kuarantin Jika Jadi Kontak Rapat” – Khairy Jamaluddin

Kementerian Kesihatan menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontak rapat bagi kes COVID-19 dijangka pada minggu depan.

Maklum Khariy, untuk fasa pertama perkara tersebut akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam, seperti laporan Astro Awani.

Advertisement

Sehubungan itu, satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu yang dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat tidak perlu kuarantin jika tiada gejalan.

Jelas Khairy, mereka yang menjadi kontak rapat hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu.

Katanya pada sidang media semalam, kerajaan mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai sekiranya ia boleh dilaksanakan.

Advertisement

Dalam pada itu, Khairy turut meminta Dr Noor Hisham untuk memanjangkan perkara itu kepada sektor kesihatan swasta jika ingin melaksanakan protokol yang sama.

Terdahulu, orang ramai yang menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi termasuklah tiada suntikan dos penggalak dikehendaki untuk menjalani kuarantin kendiri selama 7 hari.

Manakala bagi mereka yang telah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu melakukan isolasi diri selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

KJ
2 minggu lalu

"Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya" - Khairy Jamaluddin

The post “Tiada Lagi Kuarantin Jika Jadi Kontak Rapat” – Khairy Jamaluddin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments