#Hiburan: 2 Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah, Bapa Disahkan Positif Dadah

Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2.

Advertisement

Menurut laporan Bernama, siasatan awal mendapati bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan.

gambar hiasan

Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas.

Jelas Shariman, ketika kejadian bapa mangsa keluar bekerja dengan mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan melakukan kerja kampung.

Mereka tidak mempunyai rumah dan hanya menumpang di rumah jiran di kampung tersebut.

bernama

Advertisement

Malangnya, bapa kepada kanak-kanak tersebut akan disiasat apabila didapati positif dadah selepas ujian awal air kencing dijalankan.

Dalam pada itu, mayat kedua-dua beradik itu dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemandu tunjuk gari
4 jam lalu

(VIDEO) Tukar Lorong Cara Biadap, Pemandu Berlagak Tunjuk Gari Dari Dalam Kereta

The post 2 Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah, Bapa Disahkan Positif Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments