#Hiburan: “Dia Suruh Pakai Sedondon” – Jemput Isteri Ke Majlis Perkahwinan Kali Kedua, Netizen Berang Suami Tak Sensitif

Sebagai seseorang yang bergelar isteri, sudah pasti perkara yang paling ditakuti adalah poligami dan sebaik mungkin ingin elak dari berlaku kerana enggan berkongsi kasih.

Rasa ‘sakit’ itulah yang dirasai oleh sesetengah wanita yang dimadukan suami sendiri.

Advertisement

Baru-baru ini, perkongsian satu video di TikTok oleh seorang wanita menghadiri majlis perkahwinan suaminya buat kali kedua telah menarik perhatian ramai.

Difahamkan melalui kapsyen yang tertulis di video terbabit, wanita tersebut dijemput untuk hadir sekali ke majlis terbabit dan memakai pakaian warna sedondon iaitu warna putih.

Advertisement

Biarpun wajah kelihatan senyum sentiasa, namun wanita tersebut mengakui hatinya berasa amat remuk apabila tahu berita tentang pernikahan suaminya ini tetapi tidak menyalahkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Wanita tabah itu turut memohon keluarga serta kenalan mendoakan agar dirinya diberikan kekuatan untuk lalui dugaan ini.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati keatas wanita tersebut, namun berasa kagum kepadanya kerana beliau gagah untuk pergi ke majlis perkahwinan suami sendiri bersama wanita lain.

Malah, ada juga netizen yang mengecam si suami kerana bersifat tidak sensitif kerana tergamak mengundang isteri ke majlis perkahwinan sendiri.

ft
21 jam lalu

Dihalau Keluar Rumah Sewa, Tular Video Pengguna TikTok Tuduh Polis 'Corrupt' Dicari

The post “Dia Suruh Pakai Sedondon” – Jemput Isteri Ke Majlis Perkahwinan Kali Kedua, Netizen Berang Suami Tak Sensitif first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments