#Hiburan: Hantar Emoji Hati Merah Dikira Gangguan Seksual Dan Boleh Dipenjara?

Undang-undang Arab Saudi menyatakan mana-mana individu di negara itu yang menghantar emoji berbentuk hati warna merah di dalam perbualan Whatsapp, boleh dikenakan hukuman penjara.

Menurut laporan, seorang pakar jenayah siber di Saudi telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar mengatakan bahawa berbuat sedemikian diklasifikasikan sebagai gangguan seksual.

Advertisement

Jika sekiranya pengirim didapati bersalah, dia boelh dipenjarakan selama dua hingga lima tahun dan didenda AS$26,649 (RM111,512).

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutb berkata penggunaan beberapa imej dan ekspresi semasa perbualan online mungkin bertukar menjadi jenayah gangguan seksual jika tuntutan mahkamah difailkan oleh pihak yang berasa terancam.

Al Moataz turut memberi amaran kepada pengguna agar tidak terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan bertulis dengan seseorang bagi mengelak didakwa dengan jenayah itu.

Advertisement

Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana individu lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan teknologi moden.”

Difahamkan, penggunaan emoji hati dan bunga mawar berwarna merah dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bungkus Nasi pakai paku
1 bulan lalu

Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan? Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda RM10,000

The post Hantar Emoji Hati Merah Dikira Gangguan Seksual Dan Boleh Dipenjara? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments