Pasti ramai yang mengetahui tentang konflik antara Ukraine dan Rusia. Malah, banyak kisah menyayat hati yang dikongsikan media tentang keadaan penduduk Ukraine yang dalam ketakutan dan dilihat berlindung di stesen metro bawah tanah.
Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang bapa dilihat menangis ketika sedang menghantar anak dan isterinya untuk meninggalkan Ukraine untuk ke tempat yang lebih selamat.
Menurut laporan DailyMail, video itu difahamkan telah dirakam di sebuah safe zone dimana si bapa mengucapkan selamat tinggal buat isteri dan anaknya kerana dia terpaksa tinggal di situ untuk melawan Rusia.
Untuk pengetahuan, agensi sempadan Ukraine telah melarang lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk meninggalkan negara bagi membantu mempertahankan tanah air.
Manakala, para ibu dan anak-anak kecil terpaksa berpisah dengan ahli keluarga lelaki mereka dan dibawa ke zon selamat.
Seorang saksi pula mengatakan, penduduk Ukraine tidak berpindah sebelum berlakunya pencerobohan Rusia kerana tiada siapa yang benar-benar percaya Rusia akan menyerang Ukraine.
Bagaimanapun, mereka kini terdesak dan sedang mencari apa-apa sahaja jenis pengangkutan untuk keluar dari Ukraine demi mencari perlindungan.
The post (VIDEO) “Tak Boleh Bayang Apa Dia Rasa” – Tular Video Bapa Di Ukraine Ucap Selamat Tinggal Pada Anak Bikin Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments