#Hiburan: 2 Tahun ‘Bergelut’, Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K

Hampir dua tahun naik turun mahkamah atas sebab kes saman fitnah yang difailkan terhadap pelawak yang juga merupakan adik iparnya iaitu Ali Puteh, akhirnya balu Allahyarhamn Abam, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat hari ini.

Advertisement

Oleh kerana gagal memenangi kes saman fitnah terbabit, Ali Puteh diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Ali puteh kalah kes saman fitnah

Menurut peguam yang mewakili Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad, ketika prosiding itu juga, hakim telah menolak tuntutan yang dibuat oleh keluarga Allahyarham Abam dengan kos.

Dalam pada itu beliau turut berkata keputusan hakim ini dipercayai untuk membersihkan semula nama Nor Hidayah dan mahkamah turut menjelaskan bahawa pihak yang teraniaya dalam hal ini adalah Nor Hidayah bukan Ali Puteh.

Advertisement
ali puteh kalah kes saman fitnahSumber : mStar  

Apabila ditemubual oleh pihak mStar, Ali Puteh berkata beliau menerima keputusan yang diambil oleh mahkamah dengan hati terbuka dan hormati hal terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Ali Puteh
9 bulan lalu

Disamakan Dengan Yahudi Kerana Saman Kakak Ipar, Ali Puteh Tawar RM1000 Cari Individu Lempar Fitnah Kepadanya

The post 2 Tahun ‘Bergelut’, Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments