#Hiburan: (VIDEO) “Rakam Dulu Tolong Kemudian” – Netizen Berang Mangsa Kebakaran Tidak Dibantu

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video seorang lelaki berbangsa Cina yang ditemui dalam keadaan terbakar di atas jambatan Jalan Kampung Syed Omar di Bintong.

Menerusi video tersebut, sebuah kereta jenis Perodua Axia dipercayai milik lelaki tersebut turut terbakar dalam kejadian sama.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, akibat daripada kejadian tersebut, lelaki itu mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

terbakar

Namun, meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen dilihat berang dengan tindakan perakam video yang gagal membantu mangsa.

“Dia gigih datang dekat kau nak mintak pertolongan padamkan api dekat badan dia… kau pergi reverse ketakutan,” tulis seorang netizen.

Advertisement

Serious la yg ambil video ni pentingkan content daripada kemanusiaan.. pergi la tolong,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew memaklumkan mangsa dipercayai cuba membunuh diri dan merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.

Pesakit pernah beberapa kali cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanita mempunyai kekasih baru.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki wheelie bawa anak
1 jam lalu

(VIDEO)“Contoh Bapak B*doh” - Lelaki Ini Dikecam Bawa Anak 'Wheelie' Motosikal Demi Konten Media Sosial

The post (VIDEO) “Rakam Dulu Tolong Kemudian” – Netizen Berang Mangsa Kebakaran Tidak Dibantu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments