#Hiburan: Netizen Kurang Senang Dengan Ayat ‘Made In Janda Baik’, Fizo Omar Mohon Maaf

Pelakon yang baru sahaja menamatkan zaman duda, Fizo Omar tampil memohon maaf berikutan penggunaan ayat ‘Made in Janda Baik’ dalam sebuah video yang telah mengundang perasaan kurang senang segelintir pihak termasuklah peminatnya.

Jelas Fizo, dia tidak menyangka perbualan spontan bersama isterinya, Fazeera Nazri itu dijadikan tajuk utama sesetengah portal berita.

Advertisement

Katanya, dia tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat oleh isterinya memandangkan mereka berdua baru sahaja berkahwin.

Saya akui terkejut apabila perkataan ‘Made in Janda Baik’ dijadikan tajuk berita sesetengah portal online. Mulanya saya ingatkan kit ujian saringan COVID-19 sebab dia beritahu positif.

Tapi lain pula berlaku apabila dia maklumkan sedang mengandung. Perasaan saya ketika itu bercampur baur sebab kami baru bercadang nak pergi berbulan madu.

Fizo berkata ayat kontroversi itu adalah spontan dan ia hanyalah gurauan antara suami isteri memandangkan dia kerap ke Janda Baik untuk urusan perniagaan.

Advertisement

Dia dalam pada itu memohon maaf sekirang video tersebut telah menimbulkan perasaan kurang selesan dan berharap peminat di luar sana dapat menontonnya terlebih dahulu sebelum memberi kritikan atau cemuhan.

Terdahulu, Fizo didakwa tidak sensitif dan seolah-olah membuka cerita dalam kain gara-gara video tersebut.

Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu dan isterinya itu kini difahamkan sedang berada dalam trimester kedua kehamilan.

Fizo Omar Mawar Karim
1 bulan lalu

Bekas Isteri Teruk Dihentam Netizen, Fizo Omar Dah Maafkan Mawar Karim

The post Netizen Kurang Senang Dengan Ayat ‘Made In Janda Baik’, Fizo Omar Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments