Sudah menjadi kebiasan masyarakat Malaysia, lagi-lagi yang berbangsa Melayu apabila orang ‘melatah’ sering menjadi bahan orang ramai untuk mengusik kerana suka melihat reaksi si latah.
Bagaimanapun, orang yang melatah ini tidak sedar dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka hingga kadang boleh mencederakan orang lain.
Seperti perkongsian seorang gadis di TikTok ini, beliau memuatnaik momen kawannya melatah akibat dikacau oleh seorang budak.
Melihat pada video tersebut, budak lelaki terbabit tiba-tiba menjerit di telinga rakannya dan membuatkan gadis itu menjerit sekaligus memukul muka budak lelaki terbabit.
Kerana tidak berpuas hati dirinya dipukul, budak lelaki terbabit memukul semula muka gadis tersebut hingga membuat dia menahan sakit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa bengang dengan tindakan budak lelaki memukul gadis itu kembali dan turut bersimpati dengannya kerana tahu dia memukul budak lelaki itu tanpa disengajakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Kacau Gadis Kuat Melatah, Budak Lelaki ‘Koyak’ Pukul Balik Lepas Ditampar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments