Tular di media sosial Twitter apabila sebuah poster kempen tukar logo Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mencetuskan perdebatan netizen.
Dalam poster tersebut, PPIM berhasrat untuk mengklasifikasikan logo halal kepada beberapa jenis mengikut warna logo seperti hijau untuk syarikat milik orang Islam 100%, jingga untuk syarikat milik kerjasama orang Islam dengan orang bukan Islam dan merah untuk syarikan milik orang bukan Islam 100%.
idea yg baik jugak. Tapi apa motif BMF kau dulu sbnrnya? pic.twitter.com/A5x7nbqiqs
— Antonio Samad (@Edie57929225) February 11, 2022
Dalam pada itu, PPIM menjelaskan bahawa mereka berusaha untuk membawa perubahan tersebut supaya pengguna di Malaysia terutamanya warga muslim tidak mudah dimanipulasi.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan pendapat masing-masing dan kebanyakan beranggapan bahawa ianya tidak perlu untuk mewujudkan ‘kasta’ logo halal di Malaysia.
Menyusahkan. Bab halal haram ni kalau JAKIM dah bagi sijil tak payah nak ada beza itu ini. Jangan nak membeza-bezakan di sebab kan ras. – netizen
Selain itu, ada yang berpendapat bahawa PPIM perlu lebih memberi tumpuan dan fokus kepada kempen banteras sijil Halal palsu atau yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, bukannya mengambil alih tugas pihak berkuasa.
Malah, ada juga yang membangkitkan isu kempen Buy Muslim First (BMF) yang pernah diketengahkan sebelum ini di mana inisiatif itu dibuat bagi menaikkan dan membantu ekonomi produk pengusaha muslim.
The post “Lebih Baik Banteras Sijil Halal Palsu..’ – Netizen Persoal PPIM Anjur Kempen Tukar Logo Halal Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments