#Hiburan: Viral Video Dua Keluarga Buat Kecoh Bergaduh Depan Hospital Ipoh, Rupanya Sebab Isu Cinta

Sejak semalam, tular rakaman video menunjukkan kekecohan yang berlaku di perkarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam Jumaat itu dilaporkan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan yang mahu menghantar mangsa yang cedera.

Advertisement

 

Menurut Kosmo, berlaku perselisihan faham yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan itu namun polis yang tiba di lokasi berjaya kawal keadaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya turut menerima laporan membabitkan kes mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam daripada seorang lelaki tempatan.

 

Dalam kejadian itu, tiga individu cedera dan sedang menerima rawatan di HRPB.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan berlakunya perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan.”

Katanya lagi, dua kes berkenaan merupakan kejadian berasingan namun ia saling berkaitan.

Bagi kes itu pula, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah, lapor Sinar Harian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Tular Video Gaduh Di Kedai Makan, Netizen Syak Punca Harga Makanan Terlampau Mahal

The post Viral Video Dua Keluarga Buat Kecoh Bergaduh Depan Hospital Ipoh, Rupanya Sebab Isu Cinta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments