#Hiburan: Maxis #KauBoleh tawar Subsidi RM180 & 60GB internet Prihatin Sebulan. Jom Claim Dengan Maxis!

Kerajaan melalui inisiatif Program Jaringan Prihatin telah bekerjasama dengan Maxis, rangkaian No 1 di Malaysia bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terpaksa mengeluarkan belanja tambahan pada waktu yang sukar, untuk menampung pembiayaan internet.

Ketahui apa yang ditawarkan melalui Program Jaringan Prihatin ini dan bagaimana korang boleh membuat tuntutan dengan Maxis.

60GB Internet pantas Prihatin sebulan dan subsidi sehingga RM300

Pada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion bagi meningkatkan capaian internet kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Menerusi inisiatif ini, pengguna boleh menikmati 60GB internet pantas Prihatin sebulan dan bantuan subsidi sebanyak RM180 untuk bil telco atau boleh digunakan untuk menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar.

Bagi isi rumah yang mempunyai anak yang bersekolah pula, korang boleh menuntut bantuan subsidi sehingga RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baru. Fuhh barulah boleh tarik nafas lega. Harap tiada lagi yang perlu berkongsi peranti untuk mengikuti PdPR secara bergilir.

Memandangkan kerajaan telah mengumumkan PdPR akan dilaksanakan kembali selepas Aidilfitri, korang yang ada anak bersekolah jangan berlengah membuat tuntutan internet ni. Tapi rangkaian internet apa yang terbaik?

Maxis memenuhi keperluan internet sekeluarga. Kini #KauBoleh!

Bagi yang masih belum membuat keputusan memilih syarikat telekomunikasi untuk menuntut internet bulanan dan rebat ini. Kami cadangkan korang pilih rangkaian Maxis.

Maxis menawarkan rangkaian produk yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup dan penggunaan internet. Inilah masanya korang nak menggunakan perkhidmatan internet nombor satu negara.

Bagi yang bekerja dan mempunyai anak yang bersekolah, Maxis Home 4G WiFi dapat menjadi pelengkap internet korang sekeluarga. Anak-anak bukan sahaja dapat mengadaptasi budaya Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), korang nak bekerja pun mudah je bila ada internet yang pantas.

Kalau korang ingin menggunakan internet untuk perniagaan atas talian atau memenuhi keperluan seharian, mungkin korang boleh pilih pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had yang membolehkan korang nikmati internet dan panggilan , semuanya tanpa had. Macam ni barulah lagi mudah nak berurusan!

Nak beli peranti baru? Tak perlu spend banyak-banyak sebab Maxis menawarkan Pascabayar Hotlink baharu di mana korang boleh memiliki telefon pintar terkini dari serendah RM1 sahaja!

Berbaloikan dengan Maxis? Ni kami senaraikan produk yang Maxis tawarkan, korang pilihlah mana yang berkenan.

  • Prabayar Hotlink Tanpa Had
  • Pelan Pascabayar Hotlink
  • Pelan Pascabayar Hotlink + Peranti
  • Pascabayar Hotlink + Fiber
  • Pelan Pascabayar Maxis
  • Maxis Home 4G WiFi

Bukan itu saja, kalau korang nak tau selain menawarkan pelbagai rangkaian produk macam kami share kat atas tadi.

Korang juga boleh dapat ganjaran daripada Maxis dan menikmati perkhidmatan yang disediakan seperti Maxis TV (laman penstriman dengan pelbagai filem dan drama terbaik tempatan dan antarabangsa) serta Maxis eKelas (kelas dalam talian percuma).

Siapa yang layak menikmati Program Jaringan Prihatin?

Seperti yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas Program Jaringan Prihatin bakal dimanfaatkan lapan juta penduduk daripada kumpulan berpendapatan rendah B40.

Jadi kalau korang layak, jangan lupa untuk membuat tuntutan sebelum 31 Julai 2021. Kalau korang menggunakan rangkaian internet selain Maxis dan nak bertukar kepada Maxis, korang boleh berbuat sedemikian, juga sebelum 31 Julai 2021.

Ketahui kelayakan untuk Jaringan Prihatin

  1. Periksa kelayakan korang di https://bpr.hasil.gov.my/ atau untuk pengguna sedia ada Maxis boleh sema di aplikasi Maxis/Hotlink/Hotlink Postpaid
  2. Kemudian daftar dan tebus produk pilihan di maxis.com.my.

Bertukar kepada Maxis, dengan internet pantas #KauBoleh lakukan apa saja!

Rasanya banyak dah kami share kenapa korang kena tebus internet tanpa had, WiFi rumah dan telefon pintar terkini dengan Maxis. Bukan sahaja menyediakan rangkaian internet 4G yang memudahkan urusan seharian.

Kini korang tidak lagi ketinggalan dengan internet sepanjang masa dan di mana sahaja. Nak ikuti PdPR? Perlu bekerja di luar pejabat atau menjalankan perniagaan atas talian? Dengan internet pantas, #KauBoleh lakukan apa saja!

Jadi apa tunggu lagi? Jom claim internet percuma dengan Maxis. Untuk maklumat lanjut tentang Program Jaringan Prihatin, korang boleh klik di SINI.

The post Maxis #KauBoleh tawar Subsidi RM180 & 60GB internet Prihatin Sebulan. Jom Claim Dengan Maxis! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments