#Hiburan: Umum Bakal Nikah Hujung Tahun Ini, Haqiem Rusli Buat Pengumuman Di IG Live Jam 2 Pagi

Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusly nampaknya telah mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Haqiem khabarnya mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sesi Instagram Live-nya kira-kira jam 2 pagi tadi.

Advertisement

Ujar Haqiem, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahun peminat terutamanya ahli kelab Qiemilio namun masih belum mempunyai kekuatan untuk berkongsikan hal itu.

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan..”

Jelas Haqiem, masih belum ada tarikh tetap mengenai majlis perkahwinannya bersama gadis pilihan namun mengakui sudah menghadiri kursus kahwin pada tahun lalu.

Manakala identiti bakal isteri Haqiem juga tidak didedahkan dan mereka berdua dilaporkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun yang lalu.

“Siapa calon bakal isteri biarlah saya umumkan ketika majlis perkahwinan nanti. Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi nanti..” ujar Haqiem ketika sesi IG Live tersebut.

The post Umum Bakal Nikah Hujung Tahun Ini, Haqiem Rusli Buat Pengumuman Di IG Live Jam 2 Pagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments