#Hiburan: Michael Ang Nak Bagi RM500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri, Galakan Duduk Di Rumah Cegah COVID-19

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang memberitahu bahawa dia sengan mencari 10 orang individu yang dapat membuktikan bahawa mereka boleh melakukan kuarantin kendiri bermula semalam sehingga 8 Jun nanti.

Kata Michael, dia juga akan memberikan hadiah kepada mereka yang berjaya ‘self-lockdown’ sehingga ke tarikh berkenaan iaitu berupa wang ganjaran bernilai RM500 setiap seorang.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Ujar pengarah drama Angkara Cinta ini lagi, inisiatif itu dibuatnya untuk menggalakan orang ramai untuk kekal duduk di rumah bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan kala ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Michael menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dia juga dalam pada itu menafikan membuat tawaran sedemikian rupa hanya kerana mencari glamor atau mengejar populariti semata-mata.

Tulis Michael Ang lagi, mereka yang berminat haruslah menunjukkan bukti dengan kreatif bahawa mereka melaksanakan kuarantin kendiri tersebut dan boleh menyerahkan penyertaan melalui Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Perkongsian Michael itu ternyata telah menarik perhatian netizen dan turut mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai yang ingin turut serta dan merebut hadiah wang tunai tersebut.

The post Michael Ang Nak Bagi RM500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri, Galakan Duduk Di Rumah Cegah COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments