#Hiburan: Bapa PU Abu Kritikal Tahap 5 COVID-19, Akhirnya Ditidurkan

Pendakwah bebas, PU Abu baru-baru ini ada memaklumkan bahawa bapanya telah dijangkiti wabak COVID-19 dan kini sedang berada dalam keadaan kritikal.

Ujar PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mokhtar, bapanya kini sedang terlantar sakit akibat COVID-19 dan berada dalam tahap lima.

Advertisement

Katanya lagi, bapanya itu sudahpun ditidurkan dan diberikan ubat tidur oleh petugas kesihatan.

“Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh dari penyakit COVID-19 ini. Kini keadaan ayah kritikal dan ayah diberikan ubat tidur sebab COVID-19 ayah dah sampai stage 5.”

Perkara tersebut dikongsikan Abu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dia dalam pada itu turut menulis permohonan maaf buat bapanya yang digelar sebagai Ayah Cian sambil berkongsikan foto keadaan orang tuanya itu yang terlantar sakit dan sedang dirawat di hospital.

Semoga bapa PU Abu terus kuat melawan penyakit ini. Syafakallah.

The post Bapa PU Abu Kritikal Tahap 5 COVID-19, Akhirnya Ditidurkan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments