#Hiburan: Dikompaun RM10000, Siti Nurhaliza Akur Dengan Keputusan Pihak Berkuasa

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui masih belum dimaklumkan tentang kompaun RM10,000 atas sebab melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika melalukan majlis taknik anak keduanya baru-baru ini.

Namun begitu, Siti akur dengan kompaun yang dikenakan dan menghormati keputusan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa atas kerana melanggar SOP.

Advertisement
siti nurhalizaSumber : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza  

Katanya ketika ditemubual oleh Harian Metro,

Pihak kami hanya mengetahui daripada beritau atau pihak media mengenai kompaun yang dikenakan dan belum mendapat pemberitahuan daripada pihak polis.

Kami menghormati dan akur dengan apa jua yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik.

Semalam, pihak media telah melaporkan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Arjunaidi Mohamed berkata Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP.

Selain Siti, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal serta Ustaz Iqbal juga akan dikenakan kompaun namun hanya sebanyak RM2000 sahaja.

The post Dikompaun RM10000, Siti Nurhaliza Akur Dengan Keputusan Pihak Berkuasa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments