Tanpa disangka, Mawar Karim yang tenang menjalani kehidupannya telah terpalit dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali baru-baru ini.
Khabar angin tersebut pada awalnya bertiup apabila kononnya usahawan wanita itu dilihat berada bersama dengan Menteri berkenaan di dalam kenderaan yang sama ketika di sekatan jalan raya (SJR) Perasing.
Tampil menafikannya, Mawar turut memuat naik satu tangkapan skrin perbualan mesej yang sepertinya menggambarkan bahawa isu tersebut sebenarnya dibangkitkan untuk menjatuhkan reputasi seseorang.
“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm… Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’.”
Malah Mawar turut dilihat memuat naik sekeping gambar yang dipercayai merupakan individu disebalik penyebaran khabar angin tersebut.
“Minta perhatian Tun M tiada mengena dalam hal ini. Tuan-tuan jangan libatkan Tun M, ya. Tak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang suruhan ‘Datuk’ adalah penulis, penyebar dan pereka cerita-cerita fitnah. Orangnya salah seorang dalam gambar. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya.”
Advertisement
View this post on Instagram
Dalam kenyataan lain, Mohd. Khairuddin menolak dakwaan bahawa dia ditahan di SJR Perasing dan menegaskan bahawa ia adalah percubaan untuk menjatuhkan reputasinya.
“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu dan tidak benar.”
Semoga pendedahan Mawar ini dapat membersihkan namanya daripada khabar angin berkenaan.
The post Didakwa Ada Hubungan Istimewa Dengan Menteri, Mawar Karim Dedah Bukti Difitnah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments