Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia ada berkongsikan rakaman video memaparkan dirinya sedang membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik dipercayai berlokasi di Ibu Kota, kelmarin.
Apa yang menarik perhatian warga maya pabila timbul persoalan mengenai lokasi Zarina yang tinggal di Nilai namun melakukan rawatan kecantikan tersebut di Kuala Lumpur.
Didakwa merentas negeri atas alasan yang tidak munasabah oleh netizen, Zarina Anjoulie tampil memberi jawapan bagi mengelakkan isu itu daripada terus berlanjutan.
Jelas Zarina, dia berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur hanya atas urusan kerja semata-mata.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mendapat kebenaran merentas negeri daripada pihak berkuasa iaitu Balai Polis Nilai dan sama sekali tidak berasa khuatir jika ada pihak yang mempersoalkan tindakannya merentas negeri itu.
“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat Kuala Lumpur, kadang aku tak balik sebab keesokannya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik. Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet.”
Menerusi hantaran Instagram miliknya, Zarina turut memberitahu bahawa dia melakukan rawatan kecantikan tersebut kerana ianya tuntutan kerja di mana dia kini menjalankan bisnes membuat ulasan perkhidmatan ataupun dikenali sebagai ‘review’ dalam kalangan pengguna Instagram.
“Kerja aku review buat lipo (rawatan sedut lemak) dan dapat gaji, sila faham..” tulisnya lagi di hantaran tersebut.
Tulisnya lagi, dia menggunakan kebenaran rentas negeri itu hanyalah untuk mencari rezeki dalam menanggung kehidupan seharian.
The post Buat Rawatan Sedut Lemak Di Ibu Kota, Zarina Anjoulie Didakwa Rentas Negeri Atas Urusan Tak Penting? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments