Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim menerima kecaman gara-gara memuat naik gurauan bersama isteri dikatakan memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.
Di dalam video tersebut, Ryzal mendakwa kain yang dipakai seperti ‘kain buruk’ dan ‘alas meja’ sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
I find it’s so sensitive for a “Public Figure” to make a joke about Iban Traditional Costume. This isnt funny at all. Ngepan Iban = Alas Meja, Kain Buruk? Ryzal Ibrahim who do you think you are? pic.twitter.com/RrOtCsFqSQ
— Brolin G (@brolingolayous) May 26, 2021
Bukana sahaja mengundang kemarahan orang ramai, selebriti seperti Faye Kusyairi dan Bob Yusof turut mengecam tindakan sensitif pasangan popular Durian Kimchi tersebut.
Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menerusi perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf di atas ‘lawak bodoh’ tersebut. Ryzal menjelaskan dia hanya bergurau dan tiada niat mahu menghina mana-mana pihak.
Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum. Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban. Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua. Sekali lagi, saya minta maaf.
Tidak cukup dengan permohonan maaf secara bertulis, Ryzal turut memuat naik video menyatakan kekesalan. Dia mengakui kesilapan dan bertanggungjawab di atas tutur kata yang dikeluarkannya itu.
View this post on Instagram
The post ‘Bukan Niat Menghina’ – Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf Perlekeh Baju Tradisional Iban first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments