#Hiburan: “Siapa Nak Tengok Saya Dekat Kubur?” Fauziah Nawi Rayu Rakyat Dapatkan Vaksin Gara-Gara Ramai Tak Hadir

Seniwati Fauziah Nawi ketika dalam sebuah program temu bual bersama Astro Awani pada Sabtu lalu merayu agar mereka yang dijadualkan untuk menerima vaksin untuk hadir ke program vaksinasi itu.

Kes harian COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari ternyata menimbulkan kegusaran di hati dan tidak terkecuali buat pelakon senior ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Ujar pelakon drama Pondok Buruk ini lagi, dia berasa kecewa dan marah di atas sikap penting diri sesetengah pihak yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mahu menerima vaksin.

“Sesiapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi ambil (vaksin) termasuk mereka yang sudah dapat tarikh temu janji, pergilah,” rayu Fauziah ketika program tersebut berlangsung.

Dia juga dalam pada itu kecewa dengan ketidak hadiran rakyat Perak dalam program vaksinasi yang ditetapkan buat mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Advertisement

Namun begitu, Fauziah juga tidak menolah kemungkinan segelintir individu yang tidak hadir untuk proses tersebut itu mempunyai sebab tersendiri seperti tidak mempunyai pengangkutan, tidak cakna tarikh temu janji atau tiada wang untuk hadir ke pusat pemberian vaksin.

“Saya pun kalau tak ada orang tolong dafta, saya pun tak reti sebab saya ni buta IT..saya ni sudah 68 tahun. Makcik, pakcik yang lain (tidak hadir vaksin) itu pun mungkin ada masalah yang sama. Anak-anak mungkin tak ada atau tidak tolong, tinggal jauh. Nak buat macam mana?”

Fauziah juga ada memberi cadangan kepada Kementerian Kesihatan untuk hadir menjenguk warga emas di kampung serta pemberian vaksin di dewan orang ramai yang terletak di kawasan desa.

View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Sangat bimbang dan gusar dengan penularan wabak pandemik itu, pelakon veteran itu turut memohon doa kepada Yang Maha Esa agar beliau dijauhi daripada COVID-19 tersebut.

“Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim COVID-19 ini, bukan apa, takut tengok. Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terakhir..adik beradik tak boleh tengok. Kalau meninggal disebabkan COVID, tayamum sahaja, tak dimandikan, tayamum sahaja, berbungkus sahaja la..” katanya dalam nada sebak.

The post “Siapa Nak Tengok Saya Dekat Kubur?” Fauziah Nawi Rayu Rakyat Dapatkan Vaksin Gara-Gara Ramai Tak Hadir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments