#Hiburan: Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan, Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

Semalam heboh apabila ibu Neelofa, Noor Kartini menerima selaran orang ramai selepas dilihat memuat naik Insta Story yang seperti mempertikaikan sistem raja perlembagaan di Malaysia.

BACA: “Ianya Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya..” Noor Kartini Mohon Maaf Kerana Pertikai Sistem Raja Di Instagram

Advertisement

Walaubagaimanapun, wanita itu kemudiannya menjelaskan bahawa entri tersebut dibuat oleh pengurus media sosialnya selain turut meminta maaf mengenai hal berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Terbaru, pengurus yang didakwa melakukan kesilapan tersebut turut memuat naik permohonan maaf berkaitan insiden tersebut di laman Instagram miliknya.

Menurut Zulshafiqah, dia meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor dan kerabat diraja Johor termasuklah Noor Kartini dan keluarganya dek kesilapan memuat naik tangkapan skrin tersebut di Instagram Story milik wanita itu secara tidak sengaja.

noor kartini

Tambahnya lagi, status berkenaan sebenarnya bukanlah ditulis olehnya ataupun Noor Kartini namun telah diambil dari pihak lain sebelum dikongsi di media sosial bagi rujukan peribadinya.

The post Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan, Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments