Usahawan yang juga bekas isteri kepada Fizo Omar, Mawar Karim tampil memberi peringatan kepada mereka di luar sana agar tidak terpedaya dengan taktik penipu yang menyamar menjadi ibu-bapanya dan kemudian meminta duit menerusi aplikasi WhatsApp.
Mawar dilihat telah menghebahkan mengenai perkara itu di Instagram miliknya di mana dia memaklumkan bahawa individu tersebut telah menggodam telefon bimbit orang tuanya dan kemudian akan meminta wang melalui senarai kenalan yang berada dalam aplikasi tersebut.
“Kepada sesiapa yang mengenali kedua ibu bapa saya, Aminuddin dan Faridah, telefon bimbit ayah dan ibu saya kena godam. Scammer ada minta yang kononnya berlakon jadi ibu bapa saya, guna telefon mereka untuk minta trasnfer duit ke akaun scammer.Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada Whatsapp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit.”
Kata Mawar lagi, ibu dan bapanya mengambil perkara tersebut dengan serius dan akan membuat laporan polis agar tindakan lanjut boleh dikenakan terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.
View this post on Instagram
Sekadar info, Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
The post Menyamar Jadi Ibu Bapa Minta ‘Transfer’ Duit, Mawar Karim Beri Amaran Jangan Percaya WhatsApp Penipu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments