Sedia maklum, kes COVID-19 di negara Malaysia makin meningkat, penyanyi Mimi Fly yakin akibat penularan wabak makin meningkat atas sebab sikap sesetengah masyarakat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Penyanyi tersebut tidak menyalahkan mana-mana pihak, Mimi berkata kes meningkat bukan atas sebab kegagalan kerajaan mahupun artis merentas negeri tetapi semua pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar SOP yang telah ditetapkan.
Mimi memberi pendapat di laman Instagram nya,
Kes Covid-19 negara kita semakin menggila. Benda ini bukan sebab kerajaan tak buat kerja atau petugas barisan hadapan buat kerja tak betul. Bukan sebab selebriti Malaysia rentas negeri untuk beli karpet. Tidak!
Berhenti menunding jari pada kesalahan orang lain. Kita semua bertanggungjawab.
View this post on Instagram
Di akhir perkongsian video pendek itu, Mimi menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta turut bersama-sama membantu barisan hadapan membanteras rantaian COVID-19.
The post Kes COVID-19 Menaik, Mimi Fly Minta Semua Tidak Salahkan Selebriti Dan Kerajaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments