Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa kecewa apabila dia melihat ramai masyarakat kini seolah-olah tiada adab sehingga sanggup berkata perkara yang kurang enak terhadap institusi Diraja Berpelembagaan di negara ini.
Ujar Sarah, adab sopan masyarakat hari ini sangat jauh berbeza dengan orang dahulu yang lebih tertib dan beradab terutama ketika bertutur dengan orang atasan dan yang lebih berkuasa.
View this post on Instagram
Tambah penyanyi lagu Kesetiaan ini lagi, orang ramai harus sedar dengan status diri dan tidak boleh ‘sembur’ sebarangan dan ‘langgar’ sahaja.
View this post on Instagram
“Orang zaman sekarang ramai yang tidak seperti dahulu, penuh dengan adab. Tau pangkat diri macam mana nak bertutur dengan orang atasa. Benda macam ni berlaku dari dalam rumah sendiri, jangan main langgar sahaja.”
Siti Sarah dipercayai menzahirkan pendapatnya itu gara-gara sebuah video tular yang memaparkan pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni berhubung kata-kata didakwa menghasut orang ramai untuk menghina Yang Di-Pertuan Agong di Youtube.
The post Lantang Kritik Institusi Diraja, Siti Sarah Anggap Masyarakat Kini Makin Tiada Adab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments