#Hiburan: Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan, Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

Semalam, kecoh di media sosial apabila ada netizen tampil mempersoalkan keberadaan Datin Paduka Eina Azman yang dilihat telah mendapatkan vaksin di sebuah hospital walaupun rakyat pada ketika ini masih mendapatkan slot tarikh vaksin AstraZeneca yang dibuka untuk orang awam.

Didakwa ‘kantoi’ memotong barisan dan merentas negeri untuk mendapatkan vaksin, Eina yang pada mulanya memuat naik hantaran panjang lebar mengenai dirinya dan suami sudahpun selamat divaksin dilihat telah memadam entri berikut.

Advertisement
Eina AzmanSumber : Twitter  
Eina AzmanSumber : Twitter  

Hasil tinjauan dan carian netizen, lokasi dia dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu ialah di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh di mana kawasan tersebut kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sekadar info, vaksin jenis Pfizer merupakan vaksin yang dibekalkan khas untuk para petugas barisan hadapan.

Komen EinaSumber : Twitter  
Komen Eina AzmanSumber : Twitter  
Komen EinaSumber : Twitter  

Oleh disebabkan itu, ramai netizen tampil mempersoalkan bagaimana Eina dan suami boleh mendapatkan vaksin jenis itu dan rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan layanan tidak sama rata dalam perkara itu.

Apa-apa pun tunggu sahaja penjelasan Eina mengenai perkara tersebut kerana mungkin ada alasan dari pihak mereka berhubung dengan penerimaan vaksin Pfizer tersebut.

The post Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan, Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments