Penyanyi Tasha Manshahar meluahkan rasa lega apabila bapa kesayangan, Mohd Manshahar kini sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), MAEPS Serdang setelah bebas wabak itu, baru-baru ini.
Tasha menzahirkan perasaan lega dan turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang menjaga bapanya sepanjang berada di pusat kuarantin menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Dia dalam pada masa sama juga menghargai ucapan serta doa selamat yang dititipkan peminat dan para pengikut media sosial kepada bapanya itu semenjak hari pertama dia disahkan menghidap COVID-19.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mohd Manshahar dilaporkan mula menunjukkan gejala pada 10 Mei lalu dan seterusnya menjalani ujian calitan pada 15 Mei sebelum disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
View this post on Instagram
Namun, dalam sebuah hantaran lain, Tasha Manshahar turut memohon doa orang ramai ke atas kesihatan ibunya, Herina Wong Abdullah yang kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang yang turut diuji dugaan yang sama seperti bapanya.
“Saya mohon anda doakan kesembuhan ibu saya yang kini masih lagi berada di ICU Hospital Serdang..” tulisnya di Instagram Story.
The post Lega Bapa Dah Bebas COVID-19, Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di ICU first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments