Semalam, pengacara dan juga pelakon, Ain Edruce dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 1.30 pagi.
Enggan mendedahkan lagi jantina anaknya itu semalam, namun Ain akhirnya mendedahkan bahawa dia dan suami telah menimang cahaya mata perempuan seberat 2.79 kilogram dan dilahirkan secara normal selepas berbelas jam menanggung kesakitan.
View this post on Instagram
Ain yang dihubungi sebuah portal media memaklumkan bahawa dia berasa sangat bersyukur kerana proses kelahiran itu berjalan dengan baik walaupun berhadapan dengan kontraksi yang agak lama.
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih buat suami tercinta kerana sentiasa berada di sisi dan juga petugas-petugas perubatan yang banyak membantu ketika proses bersalin.
“Pengalaman kontraksi selama berbelas jam sebelum bersalin itu sangat bermakna kerana berbeza juga daripada apa yang pernah dialami oleh kakak-kakak saya.” ujar Ain.
View this post on Instagram
Advertisement
Jelasnya lagi, akibat kesakitan itu dia akhirnya terpaksa mengambil epidural dan segala proses kelahiran bayinya berjalan dengan lancar.
Manakala ketika ditanyakan mengenai nama dan pendedahan wajah anak sulungnya itu, Ain berkata semua hanya akan berlaku setelah mendapat keizinan suaminya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 yang lalu.
The post “Daddy Menang Kali Ni…” Syukur Proses Bersalin Lancar, Ain Edruce Umum Dapat ‘Baby Girl’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments