#Hiburan: “Rimas Pakai Niqab Dan Mask, Tak Payah Keluar Rumah!” Fynn Jamal Pesan Pada Niqabis Agar Patuh SOP

Penyanyi Fynn Jamal baru-baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat wanita yang berpurdah dan berniqab agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka di sebelah dalam niqab atau purdah.

Ujar Fynn, memakai niqab dan purdah pada azalinya memang membataskan seseorang wanita untuk melakukan aktiviti harian seperti makan dan minum.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Tambah penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, jikalau berasa rimas untuk memakai pelitup muka di sebalik niqab tersebut, tidak perlu keluar dari rumah.

“Bukan susah sangat pun, kalau dah pakai niqab kita tahu semua benda susah. Nak makan burger susah, nak makan sup depan-depan orang susah. Macam-macam susah kalau pakai niqab ni. Tapi kita tahu nak pakai niqab jadi kita akan pakai properlah. Kalau rasa rimas niqab dan mask, then tak payah keluar rumah.”

Fynn turut meminta agar wanita berniqab dan berpurdah agar memakai pelitup muka yang disarankan kerajaan iaitu ‘surgical mask’.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Advertisement

Turut berkongsikan pengalamannya mengenakan niqab apabila menjalani aktiviti harian, Fynn berkata dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah seperti sesak nafas dan sebagainya.

“Untuk yang belum berniqab dan sering menggunapakai kesian orang berniqab kena pakai berlapis-lapis tak selesa; chill. Jangan risau please, kami ok sahaja..” ujarnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Dia dalam pada itu turut meminta wanita di luar sana agar sentiasa memeriksa kembali niat untuk berpurdah dan berniqab agar tidak menimbulkan fitnah kepada umat Islam yang lain.

Post a Comment

0 Comments