#Hiburan: “Suami Saya Orang Palestin!” Ramona Zamzam Berang Dituduh Pro-Zionis Kerana Jarang Kongsi Isu Palestin

Krisis antara negara Palestin dan rejim Zionis sejak beberapa hari ini ternyata telah memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia termasuklah rakyat Malaysia.

Ini termasuklah buat pelakon Ramona Zamzam yang sangat terkesan kerana Palestin merupakan tanah kelahiran suaminya iaitu Rami Alashkar.

Advertisement

Meskipun keluarga suaminya kini tidak berada di sekitar kejadian perang yang berlaku kini, namun Ramona berkata masih ada saudara-mara yang menetap di Gaza, Palestin.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam mengakui hatinya hancur apabila melihatkan video keganasan dan kekejaman rejim Zionis terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita dan mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial sejak seminggu lalu.

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@ramonazamzam)

Advertisement

Meskipun begitu, hati Ramona berasa kesal kerana ada individu yang menuduhnya pro-zionis kerana tidak berkongsikan apa-apa mengenai isu konflik Timur Tengah itu di saluran media sosial miliknya.

“Untuk yang menuduh saya pro-zionis, tolonglah berhenti. Hanya kerana saya tidak upload apa-apa berkaitan Palestin tak bermakna saya tak sokong. Gila ke? Saya berkahwin dengan orang Palestin. Media sosial ini bukan segala-galanya, kamu boleh kongsikan apa saja. Saya tak mahu hipokrit hanya kerana orang lain berkongsi hal yang sama. Tuduhan saya pro-zionis merepek sekali.”

Terdahulu, Ramona dan suaminya Rami telah mendirikan rumah tangga sejak 1 Mei 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivanna Alashkar yang kini berusia empat tahun.

The post “Suami Saya Orang Palestin!” Ramona Zamzam Berang Dituduh Pro-Zionis Kerana Jarang Kongsi Isu Palestin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments