Inisiatif kredit eBelia yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 tahun lepas akan mula dijalankan dan mereka yang layak boleh melakukan penebusan bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021.
Kredit eBelia RM150 ini memfokuskan untuk meringankan beban belia dan pelajar sewaktu pandemik Covid-19 dan penebusan kredit ini boleh dilakukan di platform ShopeePay.
Menariknya, mereka yang layak akan dapat tambahan RM500 baucar sekiranya melakukan penebusan di ShopeePay!
Pihak ShopeePay Malaysia nampaknya turut berusaha memastikan inisiatif ini lebih menarik dengan penawaran RM500 baucar yang membolehkan penerima dapat lebih banyak penjimatan semasa berbelanja di Shopee.
Inisiatif ini dijangka dapat memanfaatkan 2 juta belia Malaysia yang berumur 18-20 tahun atau pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa. Para belia akan 100% dapat RM500 baucar ekstra guaranteed dari pihak ShopeePay sekiranya penebusan eBelia dilakukan di ShopeePay!
Antara pecahan RM500 baucar ShopeePay yang penerima akan dapat adalah seperti berikut:
- 6x RM10 baucar Free Shipping (perbelanjaan minimum RM10).
- 8x RM5 baucar Coins Cashback (perbelanjaan minimum RM10, diskaun 15%).
- 10x RM5 baucar Mall Seller.
- 60x RM5 baucar ShopeePay.
- Baucar YES Prepaid (40GB + SIM) bernilai RM50.
Semua baucar ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun ShopeePay penerima selepas 1-2 hari penebusan eBelia, dan ia boleh digunakan selama 1 bulan selepas dikreditkan. Rugi tak claim!
Cara pendaftaran & penebusan kredit RM150 eBelia & nikmati jaminan baucar RM500 di ShopeePay!
- Muat turun aplikasi Shopee di Google PlayStore & App Store.
- Isikan butiran lengkap dan verifikasi akaun beserta nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
- Tebus RM150 eBelia bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021.
- Sebaik sahaja menerima RM150 eBelia, baucar RM500 Shopee akan terus dikreditkan ke akaun ShopeePay anda selepas 1-2 hari.
*Notis! Hanya 1 akaun sahaja boleh dituntut oleh setiap belia yang layak.
Masih tak cukup? Nak lebih lagi? Shopee Malaysia dah sediakan promo berganda khas untuk kita semua.
Untuk dapatkan penjimatan berganda, kita semua boleh berbelanja di Shopee sekarang bersempena Shopee 6.6 Awesome Sale yang telah pun berlangsung sejak 25 Mei hingga 6 Jun 2021.
Sepanjang Shopee 6.6 Awesome Sale ni boleh dapat Free Shipping dengan hanya perbelanjaan minimum RM6 sahaja dan potongan harga sehingga 66% setiap hari untuk barangan terpilih.
Lebih menarik lagi apabila pihak Shopee turut memberikan baucar istimewa untuk pembaca Beautifulnara.
Guna kod Shopee: [ NARA15 ] untuk menikmati diskaun RM15 dengan perbelanjaan RM0 sekarang, sah untuk pengguna baru Shopee sahaja dari sekarang hingga 22 Julai.
*Tertakluk pada terma & syarat
Tunggu apa lagi!
Jom pergi Shopee sekarang di ShopeePay eBelia & Shopee 6.6 Awesome Sale untuk tuntut kredit eBelia anda & beli-belah!
The post eBelia: Cara Tebus Kredit eWallet RM150 & Dapat Tambahan Lagi RM500 Di ShopeePay first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments