Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan sebelum ini telah ‘meremukkan’ hati peminat terutamanya lelaki apabila dia mengumumkan telah bergelar isteri orang sekitar pertengahan Mac yang lalu.
Meskipun begitu, jarang sekali penyanyi lagu Knock Knock ini berkongsikan fotonya bersama suami di media sosial.
View this post on Instagram
Terbaru, Elizabeth Tan yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy itu akhirnya ada memuat naik sebuah video bersama suami, Ding Siew Jim menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, Lizzy dan suami beramah mesra bersama peminat dengan menjawab soalan-soalan terpilih yang diajukan netizen.
Antara soalan yang dijawab Lizzy dalam sesi Instagram Live itu adalah pekerjaan suaminya yang bekerja sebagai doktor perubatan dan mereka berdua belum lagi tinggal sebumbung meskipun sudah lebih dua bulan mendirikan rumah tangga.
View this post on InstagramAdvertisement
Namun, yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia diajukan soalan mengenai reaksi Jim apabila Lizzy kerap kali menerima mesej dan komen nakal daripada peminat di setiap hantaran media sosialnya.
Ujar Jim, dia tidak kisah langsung mengenai perkara itu, begitu juga dengan Lizzy.
Manakala dari soal rezeki zuriat, pasangan ini memaklumkan bahawa belum tiba masanya lagi untuk mereka berdua menimang cahaya mata.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memuji keserasian Lizzy dan Jim dan turut mendoakan agar perkahwinan mereka berdua terus diberkati dan bahagia sehingga hujung nyawa.
Terdahulu, Elizabeth Tan dan Ding Siew Jim telah melangsungkan pernikahan pada tanggal 20 Mac 2021 secara tertutup dan tanpa pengetahuan peminat dan media.
The post Tak Kisah Isteri Terima Komen Nakal, Peminat Puji Elizabeth Tan Dan Suami Secocok Bersama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments