#Hiburan: Neelofa Sekali Lagi Disiasat, Didakwa Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Hadir Ke Mahkamah

Selebriti popular, Neelofa sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia didakwa tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab. Hal ini mula menjadi perdebatan apabila sekeping gambar ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban menampakkan bayangan mulut dan hidungnya tular di media sosial.

BACA: “Besar Sungguh Ego…” – Meski Berpurdah, Netizen Persoal Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka

Advertisement

Terbaru, Sinar Harian melaporkan polis akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan berhubung isu yang sedang diperkatakan itu.

Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.
Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Katanya, penjelasan mengenai arahan tersebut telah dikeluarkan KKM dan kerajaan telah menguatkuasakan arahan bermula 1 Ogos tahun lalu.

Berhubung hal ini, satu siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

The post Neelofa Sekali Lagi Disiasat, Didakwa Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Hadir Ke Mahkamah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments