#Hiburan: Mengidam Durian Musang King Dan D24, Siti Sarah Syukur Ada Hamba Allah Bagi Percuma

Penyanyi Siti Sarah baru-baru ini ada meluahkan rasa teringin untuk makan buah durian jenis Musang King dan D24 gara-gara mengidam ibu hamil.

Oleh disebabkan itu, Siti Sarah mengambil inisiatif untuk menghebahkan mengenai perkara itu di Instagram dalam mendapatkan info dan pertolongan daripada para pengikutnya untuk mencari buah tersebut.

Advertisement

Kata Sarah lagi, dia benar-benar teringin untuk menjamah buah durian jenis itu sehingga terngiang-ngiang di telinganya.

“Bantulah ibu hamil ni..Tiba-tiba Sarah teringin benar nak makan durian musang king atau D24. Terfikir sampai terngiang-ngiang..” tulis di hantaran media sosial itu.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Advertisement

Namun tidak lama selepas itu, menerusi sebuah entri berasingan, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu menzahirkan perasaan gembira kerana ada individu yang berbesar hati memberikan buah durian jenis itu secara percuma kepada dirinya.

Malah, individu yang digelar sebagai A oleh Sarah itu turut memberikan buah durian tersebut dalam jumlah yang banyak, bukannya hanya sebiji.

“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberi ni. Baru post petang tadi, lepas tu ada orang nak kongsi rezeki. Lepas kempunan ibu hamil. Bukan sebiji dia bagi tapi ni dah boleh buat kenduri. Terima kasih banyak-banyak adik A..” tulis Siti Sarah.

Dia juga dalam pada itu turut mendoakan agar individu tersebut dimurahkan rezeki sentiasa.

Sekadar info, Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra,8, dan Ariq Matin yang kini berusia enam tahun.

The post Mengidam Durian Musang King Dan D24, Siti Sarah Syukur Ada Hamba Allah Bagi Percuma first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments