#Hiburan: “Syukur Alhamdulillah..” Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Sumbangan Kepada Individu Terkesan Tragedi Letupan Kereta

Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi namun ianya tidak mematahkan semangat selebriti terkenal Noor Neelofa dalam memberikan sumbangan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa yang dianjurkannya.

Difahamkan, Neelofa menerusi pertubuhannya itu telah tampil memberi sumbangan kepada 11 keluarga di Flat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang baru-baru ini terkesan akibat tragedi letupan sebuah kereta pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Memetik sebuah laporan akhbar, sumbagan tersebut telah disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu iaitu Nezalani Nawi.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Perkara tersebut turut diwar-warkan Neelofa menerusi satu hantaran di Instagramnya di mana bekas pengacara MeleTOP itu telah menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan, pihaknya telah berjaya menyerahkan infaq kepada golongan yang memerlukan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Neelofa menyatakan rasa syukur dan mendoakan agar segala urusan dalam pemberian infaq itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

The post “Syukur Alhamdulillah..” Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Sumbangan Kepada Individu Terkesan Tragedi Letupan Kereta first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments