#Hiburan: “Henti Tuding Jari Dan Cari Orang Untuk Disalahkan..” Fendy Bakry Ingatkan Rakyat Terus Patuh SOP

Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri,33, yang ditemui media berkata, setiap individu di negara ini mempunyai peranan tersendiri dalam mengekang penularan COVID-19 daripada terus merebak dan menjangkiti lebih ramai orang.

Berikutan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat dan juga selebriti tempatan, Fendy tampil memberi sedikit pandangan mengenai perihal tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry)

Pendek kata, pematuhan SOP yang dilaksanakan kerajaan adalah tanggungjawab setiap pihak, tidak kiralah artis, menteri mahupun rakyat biasa.

Ujarnya lagi, setiap anggota masyarakat haruslah bermuhasabah diri dan tidak sesekali menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya terus mengamalkan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.

View this post on Instagram

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry)

Advertisement

“Saya percaya sampai ke hari ini ada sesetengah rakyat memang patuh pada SOP sejak setahun lalu. Jika ada rakan-rakan kita yang langgar SOP maka kita boleh sahaja nasihat mereka daripada kita mencari seseorang untuk dijadikan isu sampai ke sudah…”

Pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu ini juga turut memberi pesanan agar masyarakat berhenti daripada menyebarkan cerita dan berita palsu kerana wabak COVID-19 ini adalah sesuatu yang benar dan turut membunuh masyarakat.

View this post on Instagram

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry)

Dalam perkembangan lain, Fendy khabarnya bakal membuat kemunculan istimewa sebagai ‘cameo’ dalam drama adaptasi daripada negara Venezuela yang  berjudul Mis Tres Hermanas iaitu Hati Yang Dikhianati  yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima.

Post a Comment

0 Comments