#Hiburan: Solidariti Kepada Palestin, Mimi Lana Tolak Tawaran Fotografi Jenama Dior

Pelakon dan juga model, Mimi Lana khabarnya telah menolak sesi fotografi yang ditawarkan satu jenama terkemuka iaitu Dior sebagai tanda sokongannya terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Solidariti yang ditunjukkan Mimi itu susulan daripada pembatalan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid bersama jenama itu kerana kelantangannya memperjuangkan hak penduduk Palestin yang dirampas rejim Zionis.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Menganggap perkara itu hanyalah sumbangan kecil yang dapat dilakukan olehnya, Mimi Lana merasakan jika dia membuat sebarang hantaran mengenai jenama itu dirasakan kurang sensitif buat umat Islam.

Mimi LanaSumber : Twitter Mimi Lana  

 

“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat hantaran mengenai Dior.”

Meskipun perkara mengenai pembatalan kontrak antara Bella Hadid dan Dior masih belum dapat dipastikan kesahihannya, ramai pengguna media sosial ketika ini turut mempersoalkan mengapa selebriti terkenal itu didiskriminasi walaupun selebriti lain seperti Gal Gadot yang turut mempertahankan tempat tinggal asalnya, Israel berhubung isu yang sama.

Bella Hadid DiorSumber : Google  

Terdahulu, Bella Hadid menjadi bintang antarabangsa yang turun padang bagi menyertai protes mempertahankan negara kelahirannya iaitu Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

The post Solidariti Kepada Palestin, Mimi Lana Tolak Tawaran Fotografi Jenama Dior first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments