#Hiburan: Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk, Fattah Amin Dipuji Netizen

Meskipun sibuk dengan kerjaya, namun tidak bagi pelakon terkenal Fattah Amin untuk terus mengabaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu dalam keadaan kerja yang tidak menentu.

Tular seketika di media sosial apabila seorang individu telah berkongsikan video memaparkan Fattah Amin sedang menunaikan solat di set penggambaran di aplikasi TikTok.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Apa yang menarik perhatian adalah apabila individu tersebut mendedahkan bahawa suami kepada pelakon terkenal Nur Fazura itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan solat meskipun sibuk dengan penggambaran.

@hafiznassirsukses4.0Tabik spring kat @fattahamin tak oernah tinggal solat dalam set dah lama perati. #fyp #fypforyourpage #foryourpage #fypppppppppppppp? original sound – ????? – kim

Perkongsian video tersebut ternyata telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang tampil memuji pelakon filem Mimaland itu.

Ada juga yang sempat meninggalkan komen yang mengatakan Fazura benar-benar bertuah kerana memiliki suami seperti Fattah yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada agama.

Komen TikTokSumber : Tiktok Hafiznassir  

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang diadakan secara tertutup.

Pasangan sama cantik sama padan ini kemudiannya telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020 yang lalu.

The post Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk, Fattah Amin Dipuji Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments