Berulang kali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dituduh tidak memakai pelitup muka semasa berada di Mahkamah Majistret Seremban baru-baru ini.
BACA: “Besar Sungguh Ego…” – Meski Berpurdah, Netizen Persoal Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka
Disebabkan oleh hal yang demikian, selebriti itu bersama suaminya, PU Riz dilihat berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pagi tadi bagi memberikan keterangan berkaitan dakwaan tersebut.
“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya.”
View this post on Instagram
Advertisement
Bukan hanya ditemani suami, peguam Neelofa turut dilihat ada bersamanya semasa memberikan kerjasama dengan pihak polis sebentar tadi.
Sama-sama kita nantikan kemas kini lanjut mengenai isu ini.
Sumber foto utama: Kosmo
The post Isu Tidak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Selesai Beri Keterangan Pada Pihak Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments