#Hiburan: Peguam Persoal Layanan Istimewa Diterima Neelofa Dan PU Riz Ketika Di Mahkamah

Nama Neelofa nampaknya terus menjadi sebutan ramai sejak beberapa kelakuannya yang tidak disenangi netizen. Ianya bermula dek beberapa siri insiden dia dan suaminya, PU Riz telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

BACA: Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Tuduhan Rentas Negeri – Pejabat Peguam Negara

Advertisement

Malah disebabkan oleh usahawan itu dan suaminya ke kedai karpet di Nilai baru-baru ini, dia telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas dua pertuduhan iaitu tidak mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka kelmarin.

Walaubagaimanapun, timbul pula satu cerita baru apabila peguam peguam membuat aduan pada Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada Neelofa dan PU Riz semasa mereka muncul di mahkamah kelmarin.

neelofa dan pu rizSumber : Malaysian Now  

Aduan itu dikatakan mempersoalkan mengenai kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam perkarangan mahkamah sementara individu lain perlu parkir di seberang jalan sebelum berjalan masuk sendiri ke dalam.

Menurut laporan New Strait Times, kenderaan yang dibenarkan parkir dalam premis mahkamah ialah milik staf, peguam, polis, pendakwaraya dan pengecualian kepada orang awam (merupakan kurang upaya).

Malah pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan apabila mereka meminta untuk memasuki perkarangan mahkamah. Namun mereka patuh kepadanya bagi menghormati integriti institusi tersebut.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, semuanya berubah pagi kelmarin apabila kedua tertuduh dibenarkan memasuki premis dengan eksklusif, melebihi berbanding ahli peguam sendiri. Kami mempersoalkan kedudukan tertuduh tersebut di bawah undang-undang  sehingga mereka dibenarkan mendapat layanan istimewa itu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambah pengadu lagi, perlakuan ini bukan sahaja akan dipandang negatif oleh orang awam malah mahkamah juga akan terpalit sama dengan pandangan yang buruk.

“Menjadi tanggungjawab kami sebagai pengamal undang-undang untuk memastikan prinsip undang-undang sijaga dan tidak dimanipulasi oleh individu yang tidak patut diberi kepentingan.”

Sama-sama kita nantikan kemas kini mengenai aduan ini.

The post Peguam Persoal Layanan Istimewa Diterima Neelofa Dan PU Riz Ketika Di Mahkamah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments