Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia semalam, penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi berkongsi kisah dirinya yang sudah pun berhenti merokok menerusi laman Instagram nya.
Menurut Mawi, dirinya mula merokok pada umur 18 tahun dan sejak dari itu dia telah menjadi perokok yang tegar.
Kata pemenang Akademi Fantasi musim ke-3 itu di hantaran Instagram nya,
Dulu aku kuat merokok, aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun dan aku dapat berhenti merokok pada umur 29 tahun. Hari ini 31 Mei merupakan Hari Dunia Tanpa Tembakau, aku doakan korang bebas dari tembakau.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, hampir kesemua pengikut Mawi meninggal komen-komen yang positif dan terdapat juga pengikutnya yang berkongsi kisah mereka.
The post Rai Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Mawi Kongsi Kisah 11 Tahun Bebas Merokok first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments